06 July 2012

oh hati tetap lah kau

oh hati tetap lah kau
jangan mudah beralih arah
jangan mengundang rasa yang tak sudah
jangan membina anganan yang tak sudah...

oh hati tetap lah kau
jangan terbuai dalam rasa yang tak pasti
jangan terleka dengan permainan rasa
jangan mencipta sesuatu yang tidak wujud

oh hati tetap lah kau
jangan di harap pada impian
jangan di mimpi sejuta keindahan
jangan di minta apa yang tiada

oh hati tetap lah kau
kerna kau hanya untuk dia
kerna kau hanya miliknya
kerna kau tahu segalanya

oh hati tetap lah kau
kerana tak mungkin mencinta yang yang lain
kerana tak mungkin memiliki anganan
kerana tak mungkin akan berpaling

oh hati tetap lah kau
dalam hati ada cinta
dalam cinta ada rasa
dalam rasa ada rindu
dalam rindu hanya ada dia....

oh hati tetap lah kau
jangan mudah berpaling
jangan mudah mendua
jangan mudah terpesona

oh hati tetap lah kau
kerana hanya dia  yang mengerti
kerana hanya dia yang memahami
kerana hanya dia yang menyinta

oh hati tetap lah kau
usah biar duka berlagu
usah biar hati berpaling
usah biar rasa tercuit

oh  hati tetap lah kau
kerana kau tahu hanya dia untuk mu
kerana kau tahu diri mu hanya untuknya...



2 comments:

  1. bila di hati telah terlakar
    indah dek nama si empunya
    pastinya sukar utk dipadamkan
    walau tsunami melanda
    andai pemilik hati
    utuh pada janji yang diakadnya..

    ReplyDelete
  2. bagai mana hati nak tetap
    jika diuji sebegitu rupa
    bagaimana hati tak goyah
    jika yg memuja bersyair indah

    ReplyDelete