05 July 2012

ada sesuatu

ada sesuatu di mata mu
yang mengikat hati ini
untuk terus memburu mu

ada sesuatu di mata mu
yang mengheret aku jauh
ke lembah kerinduan

ada sesuatu di mata mu
yang menjadikan aku
sering kesasar bila tidak bertemu

ada sesuatu di mata mu
yang menyakini aku
bahawa aku tidak layak untuk
menemani ruang sepi mu

kadang kala aku sering mengimpikan
sesuatu yang indah akan terjadi antara kita
tetapi apakah mungkin?

di hati ini merayu... maaf kan diri ini
kerana memuja mu dalam diam

No comments:

Post a Comment