18 July 2012

setianya seorang MISTRESS vs curangnya seorang Mrs.

saya perlukan masa untuk menulis tentang ini... pelik.. janggal tetapi benar...

jadi berikan saya masa itu...


aku tidak mencari.. dan jangan jadikan aku pengemis

Aku tidak mencari teman sehebat Sulaiman
Kerana aku tahu aku tidak secantik Balqis
Aku tidak mengharapka teman setampan Yusuf
kerana ku tahu sukar untuk aku setulus Zulaikha
Aku tidak mengharapkan teman seteguh Ibrahim
Kerana aku juga tahu aku tidaklah sekuat Siti Hajar

ye aku tidak pernah mencari sesuatu yang hebat
kerana aku tau akan diriku..
aku tidak meminta sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk ku...
aku juga.. aku tidak pernah cuba untuk mencari
sesuatu yang memang bukan tercipta untuk ku...
malah aku juga tidak pernah meminta sesuatu 
untuk terus menjadi milik ku..
andai ku tahu ia cuma sekadar pinjaman kepada diri ini...

tapi aku meminta....

jangan jadikan aku seorang pengemis... 
mengemis untuk hidupku.. 
mengemis untuk jodohku.. 
mengemis untuk kebahagiaan ku..
mengemis untuk sesuatu yang bukan hak ku

kerana...
aku tidak ingin hidup atas ehsan orang lain
aku tidak ingin menerima jodoh yang bukan untuk ku
aku tidak ingin mencipta kebahagian atas simpati
aku tidak ingin mengharap jika itu bukan hak aku

tapi aku redha...
jika nasib ku tertulis begitu
jika percaturan hidupku serumit itu
jika haluan perjalanan hidup ku seranjau itu
jika itu yang terbaik untuk ku..

tapi apa yang aku pinta.
kuatkan semangat ku untuk menerima nasibku
teguhkan iman ku untuk mengatasi kerumitan
berikan kekentalan untuk ku harungi onak dan duri

supaya..
aku mampu untuk meneruskan hidup
tanpa menyalahkan takdir yang tertulis untuk ku
tanpa menampung rasa dan kerumitan 
dalam menghadapi segala kerumitan
tanpa air mata untuk menangisi 
segala luka, duka, pedih, dan kepayahan 
tertusuk onak dan duri 

apa yang pasti
aku tidak ingin menangis lagi....

15 July 2012

masih adakah ruang untuk seorang yang bernama aku




Ramadhan sekali lagi menghampiri... ada sendu di hati... ada duka di hati.. ada resah dihati...ada sayu dihati.. bukan sendu, duka, resah dan sayu kerana enggan menyambut mu... namun ada sendu, ada duka, ada resah dan ada sayu kerana mengenang kembali Ramadhan yang lalu.. berlalu pergi tanpa sedikit pun tercalit keinsafan di hati... beku kah hati ini untuk menerima hidayah Mu Ya Allah...

sempena Ramadhan kali ini aku memohon pada Mu Ya Allah.... berilah peluang untuk hambaMu ini menyambut Ramadhan ini dengan penuh keinsafan.. Ya Allah berilah peluang sekali lagi untuk hambaMu ini menerima hidayah Mu walaupun hanya sekelumit....

aku ingin berubah.. tapi terlalu berat hati ini nak memulakan langkah... terlalu banyak halangan dan rintangan yg menghalang laluan ku... Ya Allah.. aku punya iman senipis kulit bawang... tapi aku bersyukur pada mu Ya Allah... walau hanya senipis kulit bawang.... namun aku masih kuat berpegang pada Mu.. walau kadang kala gundah bergolak di hati.. walau kadang kala menyoal yang tak pasti...

aku tahu aku adalah hambaMu yang jauh terlalai... jauh hanyut dengan dunia ku sendiri... dengan anggapan ku sendiri... tapi untuk Ramadhan kali ini aku bermohon pada Mu Ya Allah Kau kuatkan aku, tebalkan kembali iman ku... permudahankanlah untuk ku mengikut jalan Mu Ya Allah.. sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang sering lalai dan terpesona dengan indahnya dunia ciptaan ku...

Ya Allah aku tidak berjanji untuk terus berubah kearah jalan Mu... tetapi aku berjanji yang aku akan berusaha sedikit demi sedikit untuk mengikuti jalan Mu... sesungguhnya aku adalah manusia ciptaan Mu yg sering melupai akan tuannya.. sesungguhnya aku adalah manusia yang hanya tersalah arah.. sesunguhnya aku hanya manusia yang meraba-raba mencari Mu...

Ya Allah berilah hamba Mu ini peluang untuk mengenali Mu... berilah hamba Mu ini peluang untuk menyayangi Mu, berilah hamba Mu ini peluang untuk taat kepada Mu, berilah hamba Mu ini peluang untuk terus mencuba... mencuba menjadi hamba Mu... mencuba untuk kembali ke jalan Mu...

Ya Allah... aku sungguh takut bila menoleh ke Ramadhan2 yang lepas... terlalu banyak yang tertinggal... terlalu banyak yang terabai... terlalu banyak yang aku tidak zahirkan untuk Mu Ya Allah... terkadang hati ini berbisik Ya Allah... kenapa aku yang diuji sebegini rupa... kenapa aku dibiarkan terlalai... kenapa aku dilepaskan hanyut sendirian.. terkapai2 mencari diri.. mencari erti hidup,.. mencari pegangan yang tak pasti...

terkadang hati terpikir salah siapakah semua ini berlaku... salah siapakan andai aku yang terlalai... salah siapakah jika jalan yang ku pilih itu jalan yang gelap... salah siapakah andai iman ku itu senipis kulit bawang... salah siapakah andai aku yang sering termakan godaan syaitan... salah siapakah andai selama ini aku hidup jauh dari Mu...

Ya Allah... aku bukanlah hamba Mu yang mudah mengaku kalah... aku hamba Mu yang bukan senang mengakui salah diri... aku hamba Mu yang bukan senang untuk menjadi yang baik... tp aku berjanji aku akan berusaha untuk berubah...

tetapi andai sehabisnya Ramadhan ini... aku masih seperti aku yang lama... adakah bererti aku bukanlah hamba Mu yang terpilih untuk mendapat hidayah Mu pada kali ini... tapi aku akan berusaha lagi dan terus mencuba selagi hati ini tidak Kau matikan untuk menerima hidayah Mu...

Ya Allah... aku rela merima hidayah mu walau pun disaat2 terakhir perjalanan hidupku... asalkan aku menerima hidayah Mu untuk kembali kepada Mu...

06 July 2012

oh hati tetap lah kau

oh hati tetap lah kau
jangan mudah beralih arah
jangan mengundang rasa yang tak sudah
jangan membina anganan yang tak sudah...

oh hati tetap lah kau
jangan terbuai dalam rasa yang tak pasti
jangan terleka dengan permainan rasa
jangan mencipta sesuatu yang tidak wujud

oh hati tetap lah kau
jangan di harap pada impian
jangan di mimpi sejuta keindahan
jangan di minta apa yang tiada

oh hati tetap lah kau
kerna kau hanya untuk dia
kerna kau hanya miliknya
kerna kau tahu segalanya

oh hati tetap lah kau
kerana tak mungkin mencinta yang yang lain
kerana tak mungkin memiliki anganan
kerana tak mungkin akan berpaling

oh hati tetap lah kau
dalam hati ada cinta
dalam cinta ada rasa
dalam rasa ada rindu
dalam rindu hanya ada dia....

oh hati tetap lah kau
jangan mudah berpaling
jangan mudah mendua
jangan mudah terpesona

oh hati tetap lah kau
kerana hanya dia  yang mengerti
kerana hanya dia yang memahami
kerana hanya dia yang menyinta

oh hati tetap lah kau
usah biar duka berlagu
usah biar hati berpaling
usah biar rasa tercuit

oh  hati tetap lah kau
kerana kau tahu hanya dia untuk mu
kerana kau tahu diri mu hanya untuknya...



05 July 2012

ada sesuatu

ada sesuatu di mata mu
yang mengikat hati ini
untuk terus memburu mu

ada sesuatu di mata mu
yang mengheret aku jauh
ke lembah kerinduan

ada sesuatu di mata mu
yang menjadikan aku
sering kesasar bila tidak bertemu

ada sesuatu di mata mu
yang menyakini aku
bahawa aku tidak layak untuk
menemani ruang sepi mu

kadang kala aku sering mengimpikan
sesuatu yang indah akan terjadi antara kita
tetapi apakah mungkin?

di hati ini merayu... maaf kan diri ini
kerana memuja mu dalam diam

03 July 2012

bila hati berlagu rindu

bila hati ini berlagu rindu
minda dah hilang arah
semangat menjadi layu
fikiran melayang entah ke mana

bila hati berlagu rindu
debaran hati berkocak rentak
rasa dan gundah bergema
mengharap rindu diertikan

bila hati berlagu rindu
debab dan debub bernyanyi hiba
harap yg dirindu mendengar sayu
datang mengubat hati yg merindu

bila hati berlagu rindu
tiada lagi irama yg indah menjadi teman
bila hati berlagu rindu
air di mata laju menderu
bila hati berlagu pilu
datang la sayang
hilangkan rindu....

02 July 2012

sekadar waktu untuk berbicara


lama juga tak menulis... bukan malas atau takde idea... tp ai penat sangat... sampai ai rasa tak larat dah nak menjana idea tuk sembang2 kat sini...

penat kenapa ye...

lalalalalala

ni nak bgtau... ai dah menjadi ushawan internet yg agak berjaya..

nak tau ai jual apa tunggu ye...

skim cepat kaya
pyramid
jana wang di internet...

oooo itu BUKAN kemahiran ai ye....

n nasihat ai pada kengkawan... tak yah la duk join benda yg tak tentu halal haramnya... lagi satu benda2 cam gitu.. secara lahiriahnya kita nampak cam tak de masalah... tp bila tgk secara keseluruhan... holistik nya... ai dapat simpulkan

BUKAN MUDAH/SENANG NAK JADI JUTAWAN SEGERA

kalau betul lah benda tu boleh buat semua org jd jutawan.... agak2 nya lah... ekonomi malaysia ni akan mencanak naik tak... agak2nya lah... rakyat malaysia di dah tak perlukan kan lagi bantuan kewangan dr kerajaan lah kan... al maklumlah semua dah kaya raya... (pada yg terlibat... jgn marah ye.. ni pendapat ai je la..).... tp dalam duk depa promo benda2 alah tu lah.... takde lagi rasanya ai tgk nama depa tersenarai dalam senarai jutawan2 malaysia ni....  tp kalau ada tu alhamdullilah lah... rezeki Allah S.W.T nak kasi sapa tau kan....

tp secara logikalnya lah.... semua yg masuk tu akan kaya ke... kata lah semua rakyat malaysia ni dah masuk... agak2nya la... sapa plak nak masuk jadi ahli tuk bank in pada ahli yg last sekali tu... so secara terang2 ai nampak kat sini yg ahli terakhir tu... tak dapat SESEN pun.. tp rugi lagi adalah... sbb dah takde org dia nak promo tuk masuk under diakan.... sian dia kan...


so PIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK...

OOOO berbalik pada bisnes internet yg ai buat ni... i buat tuk tambah pendapatan... bukan duk goyang kaki n tunggu duit masuk.... TIDAK SAMA SEKALI.... 

ai jadi ushawan BAJU KURUNG....  so sapa nak cari baju kurung tu boleh le beli kat ai ye... nanti kat last skali i serta kan link bisnes ai tu ye..

wah cam bangga je tulis word USAHAWAN tu...

walau pun just kat internet je,., tp i terap rasa puas n berbaloi... ai takyah nak pujuk2 org dengan omongan kosong... tak yah nak war war  kan satu dunia yg ai ni punya baki duit kat MAYBANK tu beriban riban...  so sapa nak duit riban riban tu kena join ai... NONSENSE la.... 

pelik gak kan ai... depa tak takut ke war warkan satu dunia yg depa tu banyak duit... main tabur je duit atas meja... boleh tayang slip bank yg konon nya baki duit depa ada riban riban... tak takut ke andai yg tgk tu manusia yg punya pemikiran yg condong ke arah keburukan... tak ke parah... tak takut pada manusia2 yg punya CRIMINAL MIND ke..  eeee takut ai bila mikirkan nya... nampak sangat rakyat malaysia semakin berani....

tp ai ni penakut,.... sbb tu ai tak join benda tu semua... takut gak ai nak war war kan yg kat umah ai ada setimbun duit.... takut gak ai nak tayang2 slip bank ai yg ada riban riban tu... mana tau kot2 masa ai nak g tekan duit kat ATM tu... ramai je yg ngekor nya... atau tidur malam ai tak lena dibuatnya... mana tak nya... kalau dah duit banyak... macam2 benda ai akan pk... takut pencuri lah... takut duit ilang lah... takut TOYOL datang la... eeeeee seram ai....

ok lah... sori la kepada individu2 yg terasa dengan entri ai ni... bukan apa... ai sekadar melontarkan apa yg terbuku kat dalam otak kecik ai ni je... 

so tuk akhiri entri ai kali ni.... ai nak buat iklan skit....

raya dah nak DEKAT... so kepada yg belum ada baju raya tu... moh le pakat2 kita ke FB ai ye... 
sumer pesen baju ada...tak caya moh jenguk... klik je link kat bawah ni ye...


atau boleh cari fb ai... BAJU KURUNG ELEGANT... nampak ikon dia baju kurung kaler merah tu... ye la tu..... he he he 

selamat melawat ye...

adios amigos....