12 October 2012

terima kasih Ya Allah terima kasih Teman



mencari kedamaian dalam kedinginan malam
terasa sayu tersedar kekhilafan diri
sering alfa akan kewujudan Nya
sehingga satu saat tersungkur rebah
terlalu lemah untuk bangkit

terima kasih teman sudi membantu
walau saya tiada siapa pada awak
terima kasih kerana tak putus2
mengingatkan diri pada kewujudanNya..

akhirnya air mata mengalir
syahdu dengan alunan zikir
terbit damai di hati

Ya Allah terima kasih atas kasih Mu
terima kasih hadiah aku seorang teman
yang sudi membantu memimpin
agar aku tak terus tersungkur
terima kasih Ya Allah
terima kasih Teman


02 October 2012

kisah saya dan dia

ada sesuatu antara aku dan dia
yang membuai rasa.. melara jiwa
bagaimana nak ku hadapi
andai melihat pun ku tak mampu

di mulut berkata tidak
sedang di hati sibuk menyangkal
di wajah terlayar hiba
di jiwa terlara duka

andai dia bukan untuk ku
kenapa dikirim dalam hati ini
sejuta rasa sejuta anganan
membuai rindu mengayam cinta

tika hati mula berlagu
bernyanyi riang irama indah
tiba gundah melara hiba
hilang indah hilang segala

pergi tanpa izin dan rela
cuba menahan tiada termampu
cuba lepaskan hati tersayat
akhirnya terkulai hati merintih