09 November 2012

bila saya di duga

Berenang-renang ke hulu
Berakit-rakit ke tepian
Dah puas hidup senang dulu
Now belajar hidup dlm kesusahan

My mr.klia said...

Ala Tuhan nak uji ko skit pun xkan x blh...
Dia bukan uji ko hari2...
Xkan itu pun x blh kot...
Julie belajar hidup susah ye...
Hope julie faham akan kesusahan hidup org lain jugak..
Dah lama julie hidup senang..
Apa salahnya cuba hidup bsederhana..
Ni la masanya tuk julie try to control urself
tuk lbh mghargai masa senang n masa susah yg julie lalui..
U can do it my girl...
I'm proud of u if u can face it without any complaint..
InshaAllah everything is going to be alright....

thanks sayang...
i'll will be right
selagi awak ada di sisi saya
harap2 ni dugaan terakhir tuk saya pada tahun ni...
Ya Allah kuatkan lah semangat hamba mu ini..

dulu aku boleh hidup susah
dan aku akan terus berjuang
untuk menghadapi saat saat getir ini

12 October 2012

terima kasih Ya Allah terima kasih Teman



mencari kedamaian dalam kedinginan malam
terasa sayu tersedar kekhilafan diri
sering alfa akan kewujudan Nya
sehingga satu saat tersungkur rebah
terlalu lemah untuk bangkit

terima kasih teman sudi membantu
walau saya tiada siapa pada awak
terima kasih kerana tak putus2
mengingatkan diri pada kewujudanNya..

akhirnya air mata mengalir
syahdu dengan alunan zikir
terbit damai di hati

Ya Allah terima kasih atas kasih Mu
terima kasih hadiah aku seorang teman
yang sudi membantu memimpin
agar aku tak terus tersungkur
terima kasih Ya Allah
terima kasih Teman


02 October 2012

kisah saya dan dia

ada sesuatu antara aku dan dia
yang membuai rasa.. melara jiwa
bagaimana nak ku hadapi
andai melihat pun ku tak mampu

di mulut berkata tidak
sedang di hati sibuk menyangkal
di wajah terlayar hiba
di jiwa terlara duka

andai dia bukan untuk ku
kenapa dikirim dalam hati ini
sejuta rasa sejuta anganan
membuai rindu mengayam cinta

tika hati mula berlagu
bernyanyi riang irama indah
tiba gundah melara hiba
hilang indah hilang segala

pergi tanpa izin dan rela
cuba menahan tiada termampu
cuba lepaskan hati tersayat
akhirnya terkulai hati merintih

31 August 2012

cinta dalam hati

mungkin ini memang jalan takdir ku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku asal  kau bahagia
dengan hidup mu.. dengan hidup mu...

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagi ku cintai mu pun adalah
bahagia untuk ku.. bahagia untuk ku....

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti diri mu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi selamanya

dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja..
'tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

http://youtu.be/9w3SSIMIPBg

11 August 2012

monolog: pemilik tulang rusuk.... (part 1)

dia kata dia mencari pemilik tulang rusuknya..
bila ditanya...
macam mana dia nak mencari..
dan bagaimana dia tahu itu adalah pemilik tulang rusuknya
dengan senyum dia berkata
pemilik tulang rusuknya adalah seorang wanita
yang bila berada disisinya hatinya lapang
bila hilang dimata hatinya gundah...

tiba-tiba..
bibir aku mengukir senyuman..
bila ditanya mengapa aku tersenyum..
aku jawab...
agak-agaknya saya ni pemilik tulang rusuk siapa ye..
tuan punya tulang rusuk ni tak nak cari saya ke...
atau pemilik tulang rusuk saya masih gagal dalam pencariannya..

terdengar ketawa kecil meletus dari bibirnya...
seraya berkata...
mungkin dia dah jumpa
cuma tak tahu bagaimana nak mengaku
yang tulang rusuk dia tu ada pada awak...
erkkk aku terdiam..

dia berkata lagi...
jangan risau.. pasti pemilik tulang rusuk tu nak kembali haknya..
InshaAllah... pasti dia akan mintak haknya bila sampai masanya
bila aku tanya bila tu...
dia jawab sambil mengeyit mata...
bila Allah SWT berkata KUN
jadi lah... maka jadilah..
saat tu nanti aku tak boleh menolak 
kerana pada masa tu Allah mengizinkan 
tulang rusuk itu kembali ke sisi kiri adam...

hati mula berangan...
mula berkira-kira... siapakah tuan punya tulang rusuk ini...
harap-harap dia yang seperti diharapkan..
harap-harap dia yang selalu diangankan...
tiba-tiba senyuman hilang dibibir...
lantas dia bertanya...
kenapa... 

dengan sedih aku berkata...
bagaimana kalau pemilik tulang rusuk itu..
bukan lah orang yang selama ini aku harap-harapkan..
bukan orang yang aku impikan...

dengan riak selamba dia berkata lagi...
mungkin ada hikmah disebaliknya..
itu semua rahsia Allah SWT...
bukankah Allah telah menulis garis 
berkenaan dengan rezeki dan jodoh kita
sejak dari dalam kandungan ibu kita lagi..
Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita...
jadi bersabar dan redhalah andai 
apa yang digariskanNya tidak seperti perancangan kita

aku mengangguk tanda setuju
walau hati masih ragu...
ya aku tahu.. 
setiap perancanganNya adalah yang terbaik
untuk hambaNya...

walaubagaimanapun....
aku memohon
Ya Allah SWT, 
jika aku bukan pemilik sebenar tulang rusuk kirinya...
aku pohon agar..
jangan lah biarkan aku terus merindukan kehadirannya...
jangan lah juga membiarkan aku melabuhkan hati ini pada hatinya
aku juga memohon...
kikiskan lah pesonanya dari pelupuk mataku
dan jauhkanlah dia dari hatiku...
sesungguhnya aku insan kerdil
yang amat mudah tergoda dan aku enggan menumpahkan kasih
bukan pada pemilik tulang rusuk 

dia tanya kenapa aku diam...
aku kata aku hanya berdoa
agar pemilik tulang rusuk ini sudi menerima aku ini seadanya
menerima baik dan buruknya aku
menerima segala kekhilafan diri
menerima dan sedia memaafkan ketelanjuran masa silam aku

dia merenung aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan
lama...
lama...
mata dia menikam dalam mataku
menusuk hingga ke sanubari..
tiba-tiba ada getaran terbit di hati
ada rasa sukar untuk diertikan
lantas aku melarikan mata dari terus menatapnya..

kesunyian melanda sekali lagi...
dia tanya kenapa aku diam lagi
bibir aku teralu berat untuk berkata-kata
terlalu sukar untuk melawan debar di dada
arghh hati bagai terlompat..
adakah dia pemilik tulang rusuk itu
lantas mata ku alih sekali lagi untuk menatapnya
untuk mencari jawapan...
bibirnya mengukir senyum..
dan aku sekali lagi terpana
Ya Allah adakah memang dia....

tiba tiba terasa hidung aku dicuit manja
bulat mata aku merenung dia
yang semakin berani mengusik kala aku masih keliru
melihat rona wajahnya hati aku mula sayu
dia terlalu baik untuk aku
terlalu sempurna untuk aku
adakah aku layak untuk mengaku
bahawa akulah pemilik tulang rusuknya
sedangkan diri penuh dgn berbagai kekurangnya..

jika benar aku pemilik tulang rusuknya
malukah dia nanti andai dia tahu
bahawa aku pernah tersalah langkah
aku pernah tersalah mengaku hak milik tulang rusuk ini
yang aku pernah menumpang kasih pada yang lain

sekali lagi lamunan aku terganggu dengan cuitan di hidung
aku memandang lagi
aku tanya dia
adakah dia dah berjumpa dengan pemilik tulang rusuknya
dia memandangku dengan senyuman yang manis
hampir sahaja aku terpedaya dengan senyuman itu
tapi tetap membataskan
kata kata yang keluar dari ulas bibirnya
bukan jawapan yang ku nanti...
sebaliknya aku ditanya dengan soalan yang sama

hanya gelengan lemah yang mampu aku berikan
sebagai jawapan kepada soalannya itu
dia tanya adakah aku telah mencari dengan bersungguh-sungguh
lantas aku memandangnya dan dengan tenang aku berkata
bagaimana aku nak mencari dan di mana aku nak mencari
sedangkan aku sendiri tidak tahu apakah tandanya
atau bagaimanakah rupanya..
dia masih senyum..
senyuman yang aku suka
senyuman yang bagi aku mendamaikan jiwa
sekali lagi aku tenggelam dalam senyuman dan lirikan mata nya

hidung aku dicuit lagi...
arghh sudah menjadi hobinya pada hari ini mencuit hidung aku
dalam senyuman masih bersisa dibibirnya.. dia bersuara...
dia kata andai lah dia tuan punya tulang rusuk tersebut..
jangan lah aku menolak kenyataan tersebut..
dan aku hanya mampu memandang kosong ke wajahnya...
Ya Allah... jangan dipermainkan lagi hati ini...
terlalu sakit andai tersalah mengaku pemilik tulang rusuk itu...

aku memandang dia lagi...
kulihat tangannya berada di rusuk kirinya...
menekan seolah-olah menahan sakit yang amat
mukanya berkerut
aku mula tak betah... sakit ke dia...
janganlah Tuhan apa-apakan dia..

bila aku bertanya mengapa..
dia hanya mengeleng
bila aku mendesak
dia hanya memandang aku dengan pandangan kosong
bila aku bertegas..
dia hanya berkata
rusuk kirinya sakit kerana tulang rusuknya yang hilang
enggan pulang kepadanya...
enggan mengaku yang dia adalah tulang rusuk itu..

Ya Allah apakah dia cuba untuk menyatakan sesuatu..
tiba-tiba dia memangil aku dan meminta aku duduk
duduk disebelah kirinya...
aku masih berdiam dan memandangnya dengan tanda tanya
aku melihat dia seolah-olah semakin menekan-nekan rusuknya
bibirnya terketar-ketar... Ya Allah sakit sangat kah dia rasa...
matanya mengamit aku untuk bangun dan duduk di sisinya
disisi kirinya..

bila aku memalingkan muka dan memandangnya
terlihat ada senyuman dibibirnya...
erkkk dah hilang ke sakitnya...
aku bertanya kenapa dia tersenyum
lantas dia menjawab...
Alhamdullillah.... tulangnya sudah kembali..
dan dia rasa sempurna...

aku hilang kata-kata
hanya airmata bergenang
Ya Allah indah sungguh kata-katanya itu
tapi aku takut
andai bukan itu yang sebenarnya

namun...
akhirnya aku hanya titipkan doa pada Allah SWT
andai dia memang tercipta untuk ku
dan aku ini dicipta dari tulang rusuk kirinya...
izinkan aku kembali kesisi kirinya... 
supaya dia tidak lagi merasa kekurangan...
dan aku tidak lagi terus mencari....



02 August 2012

dia

dia yang mengajar aku erti rindu yang berbeza
dia yang mengajak aku kembali menyelusuri hari dengan penuh erti
dia menerima segala kekhilafan aku
dia yang membuat aku rasa beruntung

tapi...

cuma satu kelemahan dia
dia masih tak mampu untuk menggantikan
tempat seseorang di dalam hati aku

tapi...

aku yakin
jika aku memberinya cukup peluang
aku dapat rasakan yang dia mampu

cuma...

aku yang enggan memberikannya peluang itu...

18 July 2012

setianya seorang MISTRESS vs curangnya seorang Mrs.

saya perlukan masa untuk menulis tentang ini... pelik.. janggal tetapi benar...

jadi berikan saya masa itu...


aku tidak mencari.. dan jangan jadikan aku pengemis

Aku tidak mencari teman sehebat Sulaiman
Kerana aku tahu aku tidak secantik Balqis
Aku tidak mengharapka teman setampan Yusuf
kerana ku tahu sukar untuk aku setulus Zulaikha
Aku tidak mengharapkan teman seteguh Ibrahim
Kerana aku juga tahu aku tidaklah sekuat Siti Hajar

ye aku tidak pernah mencari sesuatu yang hebat
kerana aku tau akan diriku..
aku tidak meminta sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk ku...
aku juga.. aku tidak pernah cuba untuk mencari
sesuatu yang memang bukan tercipta untuk ku...
malah aku juga tidak pernah meminta sesuatu 
untuk terus menjadi milik ku..
andai ku tahu ia cuma sekadar pinjaman kepada diri ini...

tapi aku meminta....

jangan jadikan aku seorang pengemis... 
mengemis untuk hidupku.. 
mengemis untuk jodohku.. 
mengemis untuk kebahagiaan ku..
mengemis untuk sesuatu yang bukan hak ku

kerana...
aku tidak ingin hidup atas ehsan orang lain
aku tidak ingin menerima jodoh yang bukan untuk ku
aku tidak ingin mencipta kebahagian atas simpati
aku tidak ingin mengharap jika itu bukan hak aku

tapi aku redha...
jika nasib ku tertulis begitu
jika percaturan hidupku serumit itu
jika haluan perjalanan hidup ku seranjau itu
jika itu yang terbaik untuk ku..

tapi apa yang aku pinta.
kuatkan semangat ku untuk menerima nasibku
teguhkan iman ku untuk mengatasi kerumitan
berikan kekentalan untuk ku harungi onak dan duri

supaya..
aku mampu untuk meneruskan hidup
tanpa menyalahkan takdir yang tertulis untuk ku
tanpa menampung rasa dan kerumitan 
dalam menghadapi segala kerumitan
tanpa air mata untuk menangisi 
segala luka, duka, pedih, dan kepayahan 
tertusuk onak dan duri 

apa yang pasti
aku tidak ingin menangis lagi....

15 July 2012

masih adakah ruang untuk seorang yang bernama aku




Ramadhan sekali lagi menghampiri... ada sendu di hati... ada duka di hati.. ada resah dihati...ada sayu dihati.. bukan sendu, duka, resah dan sayu kerana enggan menyambut mu... namun ada sendu, ada duka, ada resah dan ada sayu kerana mengenang kembali Ramadhan yang lalu.. berlalu pergi tanpa sedikit pun tercalit keinsafan di hati... beku kah hati ini untuk menerima hidayah Mu Ya Allah...

sempena Ramadhan kali ini aku memohon pada Mu Ya Allah.... berilah peluang untuk hambaMu ini menyambut Ramadhan ini dengan penuh keinsafan.. Ya Allah berilah peluang sekali lagi untuk hambaMu ini menerima hidayah Mu walaupun hanya sekelumit....

aku ingin berubah.. tapi terlalu berat hati ini nak memulakan langkah... terlalu banyak halangan dan rintangan yg menghalang laluan ku... Ya Allah.. aku punya iman senipis kulit bawang... tapi aku bersyukur pada mu Ya Allah... walau hanya senipis kulit bawang.... namun aku masih kuat berpegang pada Mu.. walau kadang kala gundah bergolak di hati.. walau kadang kala menyoal yang tak pasti...

aku tahu aku adalah hambaMu yang jauh terlalai... jauh hanyut dengan dunia ku sendiri... dengan anggapan ku sendiri... tapi untuk Ramadhan kali ini aku bermohon pada Mu Ya Allah Kau kuatkan aku, tebalkan kembali iman ku... permudahankanlah untuk ku mengikut jalan Mu Ya Allah.. sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang sering lalai dan terpesona dengan indahnya dunia ciptaan ku...

Ya Allah aku tidak berjanji untuk terus berubah kearah jalan Mu... tetapi aku berjanji yang aku akan berusaha sedikit demi sedikit untuk mengikuti jalan Mu... sesungguhnya aku adalah manusia ciptaan Mu yg sering melupai akan tuannya.. sesungguhnya aku adalah manusia yang hanya tersalah arah.. sesunguhnya aku hanya manusia yang meraba-raba mencari Mu...

Ya Allah berilah hamba Mu ini peluang untuk mengenali Mu... berilah hamba Mu ini peluang untuk menyayangi Mu, berilah hamba Mu ini peluang untuk taat kepada Mu, berilah hamba Mu ini peluang untuk terus mencuba... mencuba menjadi hamba Mu... mencuba untuk kembali ke jalan Mu...

Ya Allah... aku sungguh takut bila menoleh ke Ramadhan2 yang lepas... terlalu banyak yang tertinggal... terlalu banyak yang terabai... terlalu banyak yang aku tidak zahirkan untuk Mu Ya Allah... terkadang hati ini berbisik Ya Allah... kenapa aku yang diuji sebegini rupa... kenapa aku dibiarkan terlalai... kenapa aku dilepaskan hanyut sendirian.. terkapai2 mencari diri.. mencari erti hidup,.. mencari pegangan yang tak pasti...

terkadang hati terpikir salah siapakah semua ini berlaku... salah siapakan andai aku yang terlalai... salah siapakah jika jalan yang ku pilih itu jalan yang gelap... salah siapakah andai iman ku itu senipis kulit bawang... salah siapakah andai aku yang sering termakan godaan syaitan... salah siapakah andai selama ini aku hidup jauh dari Mu...

Ya Allah... aku bukanlah hamba Mu yang mudah mengaku kalah... aku hamba Mu yang bukan senang mengakui salah diri... aku hamba Mu yang bukan senang untuk menjadi yang baik... tp aku berjanji aku akan berusaha untuk berubah...

tetapi andai sehabisnya Ramadhan ini... aku masih seperti aku yang lama... adakah bererti aku bukanlah hamba Mu yang terpilih untuk mendapat hidayah Mu pada kali ini... tapi aku akan berusaha lagi dan terus mencuba selagi hati ini tidak Kau matikan untuk menerima hidayah Mu...

Ya Allah... aku rela merima hidayah mu walau pun disaat2 terakhir perjalanan hidupku... asalkan aku menerima hidayah Mu untuk kembali kepada Mu...

06 July 2012

oh hati tetap lah kau

oh hati tetap lah kau
jangan mudah beralih arah
jangan mengundang rasa yang tak sudah
jangan membina anganan yang tak sudah...

oh hati tetap lah kau
jangan terbuai dalam rasa yang tak pasti
jangan terleka dengan permainan rasa
jangan mencipta sesuatu yang tidak wujud

oh hati tetap lah kau
jangan di harap pada impian
jangan di mimpi sejuta keindahan
jangan di minta apa yang tiada

oh hati tetap lah kau
kerna kau hanya untuk dia
kerna kau hanya miliknya
kerna kau tahu segalanya

oh hati tetap lah kau
kerana tak mungkin mencinta yang yang lain
kerana tak mungkin memiliki anganan
kerana tak mungkin akan berpaling

oh hati tetap lah kau
dalam hati ada cinta
dalam cinta ada rasa
dalam rasa ada rindu
dalam rindu hanya ada dia....

oh hati tetap lah kau
jangan mudah berpaling
jangan mudah mendua
jangan mudah terpesona

oh hati tetap lah kau
kerana hanya dia  yang mengerti
kerana hanya dia yang memahami
kerana hanya dia yang menyinta

oh hati tetap lah kau
usah biar duka berlagu
usah biar hati berpaling
usah biar rasa tercuit

oh  hati tetap lah kau
kerana kau tahu hanya dia untuk mu
kerana kau tahu diri mu hanya untuknya...



05 July 2012

ada sesuatu

ada sesuatu di mata mu
yang mengikat hati ini
untuk terus memburu mu

ada sesuatu di mata mu
yang mengheret aku jauh
ke lembah kerinduan

ada sesuatu di mata mu
yang menjadikan aku
sering kesasar bila tidak bertemu

ada sesuatu di mata mu
yang menyakini aku
bahawa aku tidak layak untuk
menemani ruang sepi mu

kadang kala aku sering mengimpikan
sesuatu yang indah akan terjadi antara kita
tetapi apakah mungkin?

di hati ini merayu... maaf kan diri ini
kerana memuja mu dalam diam

03 July 2012

bila hati berlagu rindu

bila hati ini berlagu rindu
minda dah hilang arah
semangat menjadi layu
fikiran melayang entah ke mana

bila hati berlagu rindu
debaran hati berkocak rentak
rasa dan gundah bergema
mengharap rindu diertikan

bila hati berlagu rindu
debab dan debub bernyanyi hiba
harap yg dirindu mendengar sayu
datang mengubat hati yg merindu

bila hati berlagu rindu
tiada lagi irama yg indah menjadi teman
bila hati berlagu rindu
air di mata laju menderu
bila hati berlagu pilu
datang la sayang
hilangkan rindu....

02 July 2012

sekadar waktu untuk berbicara


lama juga tak menulis... bukan malas atau takde idea... tp ai penat sangat... sampai ai rasa tak larat dah nak menjana idea tuk sembang2 kat sini...

penat kenapa ye...

lalalalalala

ni nak bgtau... ai dah menjadi ushawan internet yg agak berjaya..

nak tau ai jual apa tunggu ye...

skim cepat kaya
pyramid
jana wang di internet...

oooo itu BUKAN kemahiran ai ye....

n nasihat ai pada kengkawan... tak yah la duk join benda yg tak tentu halal haramnya... lagi satu benda2 cam gitu.. secara lahiriahnya kita nampak cam tak de masalah... tp bila tgk secara keseluruhan... holistik nya... ai dapat simpulkan

BUKAN MUDAH/SENANG NAK JADI JUTAWAN SEGERA

kalau betul lah benda tu boleh buat semua org jd jutawan.... agak2 nya lah... ekonomi malaysia ni akan mencanak naik tak... agak2nya lah... rakyat malaysia di dah tak perlukan kan lagi bantuan kewangan dr kerajaan lah kan... al maklumlah semua dah kaya raya... (pada yg terlibat... jgn marah ye.. ni pendapat ai je la..).... tp dalam duk depa promo benda2 alah tu lah.... takde lagi rasanya ai tgk nama depa tersenarai dalam senarai jutawan2 malaysia ni....  tp kalau ada tu alhamdullilah lah... rezeki Allah S.W.T nak kasi sapa tau kan....

tp secara logikalnya lah.... semua yg masuk tu akan kaya ke... kata lah semua rakyat malaysia ni dah masuk... agak2nya la... sapa plak nak masuk jadi ahli tuk bank in pada ahli yg last sekali tu... so secara terang2 ai nampak kat sini yg ahli terakhir tu... tak dapat SESEN pun.. tp rugi lagi adalah... sbb dah takde org dia nak promo tuk masuk under diakan.... sian dia kan...


so PIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK...

OOOO berbalik pada bisnes internet yg ai buat ni... i buat tuk tambah pendapatan... bukan duk goyang kaki n tunggu duit masuk.... TIDAK SAMA SEKALI.... 

ai jadi ushawan BAJU KURUNG....  so sapa nak cari baju kurung tu boleh le beli kat ai ye... nanti kat last skali i serta kan link bisnes ai tu ye..

wah cam bangga je tulis word USAHAWAN tu...

walau pun just kat internet je,., tp i terap rasa puas n berbaloi... ai takyah nak pujuk2 org dengan omongan kosong... tak yah nak war war  kan satu dunia yg ai ni punya baki duit kat MAYBANK tu beriban riban...  so sapa nak duit riban riban tu kena join ai... NONSENSE la.... 

pelik gak kan ai... depa tak takut ke war warkan satu dunia yg depa tu banyak duit... main tabur je duit atas meja... boleh tayang slip bank yg konon nya baki duit depa ada riban riban... tak takut ke andai yg tgk tu manusia yg punya pemikiran yg condong ke arah keburukan... tak ke parah... tak takut pada manusia2 yg punya CRIMINAL MIND ke..  eeee takut ai bila mikirkan nya... nampak sangat rakyat malaysia semakin berani....

tp ai ni penakut,.... sbb tu ai tak join benda tu semua... takut gak ai nak war war kan yg kat umah ai ada setimbun duit.... takut gak ai nak tayang2 slip bank ai yg ada riban riban tu... mana tau kot2 masa ai nak g tekan duit kat ATM tu... ramai je yg ngekor nya... atau tidur malam ai tak lena dibuatnya... mana tak nya... kalau dah duit banyak... macam2 benda ai akan pk... takut pencuri lah... takut duit ilang lah... takut TOYOL datang la... eeeeee seram ai....

ok lah... sori la kepada individu2 yg terasa dengan entri ai ni... bukan apa... ai sekadar melontarkan apa yg terbuku kat dalam otak kecik ai ni je... 

so tuk akhiri entri ai kali ni.... ai nak buat iklan skit....

raya dah nak DEKAT... so kepada yg belum ada baju raya tu... moh le pakat2 kita ke FB ai ye... 
sumer pesen baju ada...tak caya moh jenguk... klik je link kat bawah ni ye...


atau boleh cari fb ai... BAJU KURUNG ELEGANT... nampak ikon dia baju kurung kaler merah tu... ye la tu..... he he he 

selamat melawat ye...

adios amigos....



18 June 2012

oh hati

oh hati...
sukar sungguh untuk kutafsirkan ertinya
terkadang terkeliru dengan paluan yang mendatang
paluan yang terkadang mendamaikan
paluan terkadang menyakitkan
paluan terkadang buat aku tersipu sipu

oh hati ...
pandai sungguh kau bermain rasa
rasa yang terkadang membuaikan aku
melekakan aku, menyinari aku...
tapi kadang kala kau juga mainkan
rasa yang merebahkan aku
rasa yang mendebarkan aku
rasa yang membawa titisan di mata...

oh hati...
bagaikan wujudnya sejarah antara kau dan dia
melihat dia hati ini membuai rasa
mendebar sukma, hingga aku sering terleka
terleka dibuai angan yang mengunung
terleka di buai impian yang tak berkesudahan

oh hati...
melihat dia juga boleh membuat hati ini dirundung pilu
melihat dia juga menyebabkan hati ini berlagu hiba
melihat dia juga hati ini dipagut kerinduan yang tak terhenti
melihat dia juga hati ini meronta ronta

oh hati...
tenang lah kau
bersabarlah
satu hari nanti
pasti dia akan berada di dalam pelukan mu...
pasti dia akan berlagu riang di telinga mu
pasti dia akan memadu kasih dengan mu...

oh hati...
moga hati ini dan hatinya bersatu
moga hati ini terus kekal dengan hatinya
moga hati ini terus tabah dan sabar menunggu
kerana pasti penantian ini
akan membawa hati ini dan hatinya
ke gerbang bahagia.....

17 June 2012

syukran... syukran...


syukran... syukran...

rezeki melimpah ruah walaupun di beri dugaan kesihatan yang amat menyakitkan...

u know what... br bulan Jun 2012.... all my wish list dah tercapai... thanx to my luvly darling yang sedikit sebanyak menjadikan impian ai satu kenyataan... thanx sayang..

nampaknya kena buat wish list baru ni 
(hati berbunga riang... ala gedix gedix gitu)

apa lagi ye...

ai just want a certain new gadget... 
ai just want camera olympus...
another set of knitting needles..
(mengada2 kan) 

he he he 
so Juliez.... keja kuat lagi... cari rezeki lebih..
insyaallah lebih dr tu pun ko blh dpt,...
  

i'm backkkkk


achooommm achommm achommmm... 
mak aiii berdebu sakan blog ai ni.... spider web jgn ceta la..... kena take time ni tuk kemas n cuci sawang ni... mesti semua pelik kan mana ai hilang lelama sangat ni kan... ai pun rindu dgn korang... rindu nak menulis... rindu nak melayan angan-angan... 

ok la sbb pertama kenapa ai lama tak jengok umah ni... ai bz dengan final exam (alasan agak logik kan)... sem ni betul2 make me tension... dengan kesihatan yang tak mengizinkan... dengan semangat yg makin mengendur... harap2 pulih lah di sem dpn ye... 


sebab ke dua....
abis je final exam ai kena g kursus kat Sabah... dalam ertikata lain makan angin yg ditaja... he he he 1st time ai g sabah u... wow... best giler... insyaallah akan ai simpan duit tuk g lagi... Sabah wait for me....  beriban jugak lah duit ai abis kat sabah tu... tp syok giler....

sbb ketiga dan sebab utama( eh utama tu yg ketiga ye ;) he he he )
kesihatan ai yg tidak begitu mengizinkan... skrg ni hospital dah jd my 2nd home... but alhamdullilah..  ai dah ok skit... cuma tak boleh lasak2... kang ada tak boleh bangun balik...

tu la antara sikit alasan yg sempat ai cari atas ketidakhadiran kat blog ai ni... he he he 

miss u all....
u all miss ai tak...

20 April 2012

Seoul Garden ~ memoir of us...

hr ni ai n the gang menyerang Seoul Garden dalam acara meraikan my fren NUR IZNI kerana dapat pindah ke Putrajaya... kita ceta banyak x mau... just tgk tahap gaban kami... sweet memoir..
semoga izni x lupakan kami...


 kami datang 








licinnnnnnn
 bila dah kenyang mula la acara mengarut ni... bergambar tahap gaban.... 








 dah kenyang jom balik.......

19 April 2012

orphancare

today ai nak story mory about 1 topic yang sangat menyentuh hati ai sebagai seorang perempuan.. walaupun belom berstatuskan seorang isteri mahupun seorang ibu namun hati ini tetap tersentuh bila melihat bayi2 comel ini menjadi bayi yang tidak diingini... tidak kasih kah mereka... tidak belas ke mereka... sehingga sanggup meninggalkan bayi mereka begitu saja... bukan nak menyalahkan sesiapa.. sekadar bertanya kepada diri sendiri... tp apapun... manakan ada ibu yang tak sayangkan anak mereka... pasti begitu berat hati mereka untuk meninggalkan bayi mereka.. namun tuntutan hidup dan pandangan masyarakat juga lah yg boleh membuat mereka nekad untuk meninggalkan anak mereka... tp masih ada insan yang sayang kepada bayi yang malang ini... daripada situasi seperti ini lah wujudnya sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan telah tampil mendirikan sebuah tempat bagi ibu2 yang ingin meninggalkan anak mereka tanpa risau akan keselamatan anak mereka. . di beri nama PUSAT PERLINDUNGAN BAYI (BABY HATCH).... terima kasih tidak terhingga kepada pihak OrphanCare atas usaha mereka untuk menyelamatkan bayi2 yang tidak diingini ini... so ini lah dia pusat perlindungan bayi itu... marilah kita sama sama menyokong usaha murni ini...










05 April 2012

sepetang bersama an-nisa


hr ni nak kongsi ceta tentang ai dgn kengkawan ai... hr tu kami hantar izni balik putrajaya... tujuan utama selain nak hantar izni balik ialah nak jumpa anaknya. an-nisa.. maklumlah sejak lahir tak pernah jumpa lagi...dah lepas ke putrajaya tu apa lagi merayau la kejap ke alamanda dgn izni, nisa, intan dan serene...   tp yg kelakarnya... hr tu kami meround ke alamanda dengan pakaian sukan... almaklumlah di opis hr tu ada gotong royong 5s.... so lepas gotong royong kat opis... kami gotong rayau ke alamanda.. so hayati la keindahan n kemesraan n keayuan kami yg memang ayu ni...

 memperkenalkan ni lah an-nisa 


ni sapa sebenarnya yg terlebih manja pun tak tau la...

 an-nisa dgn mama intan

 an-nisa dgn mama intan dan ayi may

 love this pic...

 dgn mama intan again & again... (jeles la)

 tgh mencari pampers tuk an-nisa

ayi may sempat lagi duk bercinta

 tgh test tilam

 an-nisa yang suka kan saya

ayi may dan mama intan cuba tuk tarik perhatian an-nisa

an-nisa yang sayang aunty juliez


 menan yg mama intan pau kat mama an-nisa

mama intan tunggu sapa tu..

so begitu la sedikit sebanyak kisah sepetang bersama an-nisa... nanti kita gathering lagi ye...