31 August 2012

cinta dalam hati

mungkin ini memang jalan takdir ku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku asal  kau bahagia
dengan hidup mu.. dengan hidup mu...

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagi ku cintai mu pun adalah
bahagia untuk ku.. bahagia untuk ku....

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti diri mu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi selamanya

dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja..
'tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

http://youtu.be/9w3SSIMIPBg

11 August 2012

monolog: pemilik tulang rusuk.... (part 1)

dia kata dia mencari pemilik tulang rusuknya..
bila ditanya...
macam mana dia nak mencari..
dan bagaimana dia tahu itu adalah pemilik tulang rusuknya
dengan senyum dia berkata
pemilik tulang rusuknya adalah seorang wanita
yang bila berada disisinya hatinya lapang
bila hilang dimata hatinya gundah...

tiba-tiba..
bibir aku mengukir senyuman..
bila ditanya mengapa aku tersenyum..
aku jawab...
agak-agaknya saya ni pemilik tulang rusuk siapa ye..
tuan punya tulang rusuk ni tak nak cari saya ke...
atau pemilik tulang rusuk saya masih gagal dalam pencariannya..

terdengar ketawa kecil meletus dari bibirnya...
seraya berkata...
mungkin dia dah jumpa
cuma tak tahu bagaimana nak mengaku
yang tulang rusuk dia tu ada pada awak...
erkkk aku terdiam..

dia berkata lagi...
jangan risau.. pasti pemilik tulang rusuk tu nak kembali haknya..
InshaAllah... pasti dia akan mintak haknya bila sampai masanya
bila aku tanya bila tu...
dia jawab sambil mengeyit mata...
bila Allah SWT berkata KUN
jadi lah... maka jadilah..
saat tu nanti aku tak boleh menolak 
kerana pada masa tu Allah mengizinkan 
tulang rusuk itu kembali ke sisi kiri adam...

hati mula berangan...
mula berkira-kira... siapakah tuan punya tulang rusuk ini...
harap-harap dia yang seperti diharapkan..
harap-harap dia yang selalu diangankan...
tiba-tiba senyuman hilang dibibir...
lantas dia bertanya...
kenapa... 

dengan sedih aku berkata...
bagaimana kalau pemilik tulang rusuk itu..
bukan lah orang yang selama ini aku harap-harapkan..
bukan orang yang aku impikan...

dengan riak selamba dia berkata lagi...
mungkin ada hikmah disebaliknya..
itu semua rahsia Allah SWT...
bukankah Allah telah menulis garis 
berkenaan dengan rezeki dan jodoh kita
sejak dari dalam kandungan ibu kita lagi..
Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita...
jadi bersabar dan redhalah andai 
apa yang digariskanNya tidak seperti perancangan kita

aku mengangguk tanda setuju
walau hati masih ragu...
ya aku tahu.. 
setiap perancanganNya adalah yang terbaik
untuk hambaNya...

walaubagaimanapun....
aku memohon
Ya Allah SWT, 
jika aku bukan pemilik sebenar tulang rusuk kirinya...
aku pohon agar..
jangan lah biarkan aku terus merindukan kehadirannya...
jangan lah juga membiarkan aku melabuhkan hati ini pada hatinya
aku juga memohon...
kikiskan lah pesonanya dari pelupuk mataku
dan jauhkanlah dia dari hatiku...
sesungguhnya aku insan kerdil
yang amat mudah tergoda dan aku enggan menumpahkan kasih
bukan pada pemilik tulang rusuk 

dia tanya kenapa aku diam...
aku kata aku hanya berdoa
agar pemilik tulang rusuk ini sudi menerima aku ini seadanya
menerima baik dan buruknya aku
menerima segala kekhilafan diri
menerima dan sedia memaafkan ketelanjuran masa silam aku

dia merenung aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan
lama...
lama...
mata dia menikam dalam mataku
menusuk hingga ke sanubari..
tiba-tiba ada getaran terbit di hati
ada rasa sukar untuk diertikan
lantas aku melarikan mata dari terus menatapnya..

kesunyian melanda sekali lagi...
dia tanya kenapa aku diam lagi
bibir aku teralu berat untuk berkata-kata
terlalu sukar untuk melawan debar di dada
arghh hati bagai terlompat..
adakah dia pemilik tulang rusuk itu
lantas mata ku alih sekali lagi untuk menatapnya
untuk mencari jawapan...
bibirnya mengukir senyum..
dan aku sekali lagi terpana
Ya Allah adakah memang dia....

tiba tiba terasa hidung aku dicuit manja
bulat mata aku merenung dia
yang semakin berani mengusik kala aku masih keliru
melihat rona wajahnya hati aku mula sayu
dia terlalu baik untuk aku
terlalu sempurna untuk aku
adakah aku layak untuk mengaku
bahawa akulah pemilik tulang rusuknya
sedangkan diri penuh dgn berbagai kekurangnya..

jika benar aku pemilik tulang rusuknya
malukah dia nanti andai dia tahu
bahawa aku pernah tersalah langkah
aku pernah tersalah mengaku hak milik tulang rusuk ini
yang aku pernah menumpang kasih pada yang lain

sekali lagi lamunan aku terganggu dengan cuitan di hidung
aku memandang lagi
aku tanya dia
adakah dia dah berjumpa dengan pemilik tulang rusuknya
dia memandangku dengan senyuman yang manis
hampir sahaja aku terpedaya dengan senyuman itu
tapi tetap membataskan
kata kata yang keluar dari ulas bibirnya
bukan jawapan yang ku nanti...
sebaliknya aku ditanya dengan soalan yang sama

hanya gelengan lemah yang mampu aku berikan
sebagai jawapan kepada soalannya itu
dia tanya adakah aku telah mencari dengan bersungguh-sungguh
lantas aku memandangnya dan dengan tenang aku berkata
bagaimana aku nak mencari dan di mana aku nak mencari
sedangkan aku sendiri tidak tahu apakah tandanya
atau bagaimanakah rupanya..
dia masih senyum..
senyuman yang aku suka
senyuman yang bagi aku mendamaikan jiwa
sekali lagi aku tenggelam dalam senyuman dan lirikan mata nya

hidung aku dicuit lagi...
arghh sudah menjadi hobinya pada hari ini mencuit hidung aku
dalam senyuman masih bersisa dibibirnya.. dia bersuara...
dia kata andai lah dia tuan punya tulang rusuk tersebut..
jangan lah aku menolak kenyataan tersebut..
dan aku hanya mampu memandang kosong ke wajahnya...
Ya Allah... jangan dipermainkan lagi hati ini...
terlalu sakit andai tersalah mengaku pemilik tulang rusuk itu...

aku memandang dia lagi...
kulihat tangannya berada di rusuk kirinya...
menekan seolah-olah menahan sakit yang amat
mukanya berkerut
aku mula tak betah... sakit ke dia...
janganlah Tuhan apa-apakan dia..

bila aku bertanya mengapa..
dia hanya mengeleng
bila aku mendesak
dia hanya memandang aku dengan pandangan kosong
bila aku bertegas..
dia hanya berkata
rusuk kirinya sakit kerana tulang rusuknya yang hilang
enggan pulang kepadanya...
enggan mengaku yang dia adalah tulang rusuk itu..

Ya Allah apakah dia cuba untuk menyatakan sesuatu..
tiba-tiba dia memangil aku dan meminta aku duduk
duduk disebelah kirinya...
aku masih berdiam dan memandangnya dengan tanda tanya
aku melihat dia seolah-olah semakin menekan-nekan rusuknya
bibirnya terketar-ketar... Ya Allah sakit sangat kah dia rasa...
matanya mengamit aku untuk bangun dan duduk di sisinya
disisi kirinya..

bila aku memalingkan muka dan memandangnya
terlihat ada senyuman dibibirnya...
erkkk dah hilang ke sakitnya...
aku bertanya kenapa dia tersenyum
lantas dia menjawab...
Alhamdullillah.... tulangnya sudah kembali..
dan dia rasa sempurna...

aku hilang kata-kata
hanya airmata bergenang
Ya Allah indah sungguh kata-katanya itu
tapi aku takut
andai bukan itu yang sebenarnya

namun...
akhirnya aku hanya titipkan doa pada Allah SWT
andai dia memang tercipta untuk ku
dan aku ini dicipta dari tulang rusuk kirinya...
izinkan aku kembali kesisi kirinya... 
supaya dia tidak lagi merasa kekurangan...
dan aku tidak lagi terus mencari....



02 August 2012

dia

dia yang mengajar aku erti rindu yang berbeza
dia yang mengajak aku kembali menyelusuri hari dengan penuh erti
dia menerima segala kekhilafan aku
dia yang membuat aku rasa beruntung

tapi...

cuma satu kelemahan dia
dia masih tak mampu untuk menggantikan
tempat seseorang di dalam hati aku

tapi...

aku yakin
jika aku memberinya cukup peluang
aku dapat rasakan yang dia mampu

cuma...

aku yang enggan memberikannya peluang itu...