18 July 2012

aku tidak mencari.. dan jangan jadikan aku pengemis

Aku tidak mencari teman sehebat Sulaiman
Kerana aku tahu aku tidak secantik Balqis
Aku tidak mengharapka teman setampan Yusuf
kerana ku tahu sukar untuk aku setulus Zulaikha
Aku tidak mengharapkan teman seteguh Ibrahim
Kerana aku juga tahu aku tidaklah sekuat Siti Hajar

ye aku tidak pernah mencari sesuatu yang hebat
kerana aku tau akan diriku..
aku tidak meminta sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk ku...
aku juga.. aku tidak pernah cuba untuk mencari
sesuatu yang memang bukan tercipta untuk ku...
malah aku juga tidak pernah meminta sesuatu 
untuk terus menjadi milik ku..
andai ku tahu ia cuma sekadar pinjaman kepada diri ini...

tapi aku meminta....

jangan jadikan aku seorang pengemis... 
mengemis untuk hidupku.. 
mengemis untuk jodohku.. 
mengemis untuk kebahagiaan ku..
mengemis untuk sesuatu yang bukan hak ku

kerana...
aku tidak ingin hidup atas ehsan orang lain
aku tidak ingin menerima jodoh yang bukan untuk ku
aku tidak ingin mencipta kebahagian atas simpati
aku tidak ingin mengharap jika itu bukan hak aku

tapi aku redha...
jika nasib ku tertulis begitu
jika percaturan hidupku serumit itu
jika haluan perjalanan hidup ku seranjau itu
jika itu yang terbaik untuk ku..

tapi apa yang aku pinta.
kuatkan semangat ku untuk menerima nasibku
teguhkan iman ku untuk mengatasi kerumitan
berikan kekentalan untuk ku harungi onak dan duri

supaya..
aku mampu untuk meneruskan hidup
tanpa menyalahkan takdir yang tertulis untuk ku
tanpa menampung rasa dan kerumitan 
dalam menghadapi segala kerumitan
tanpa air mata untuk menangisi 
segala luka, duka, pedih, dan kepayahan 
tertusuk onak dan duri 

apa yang pasti
aku tidak ingin menangis lagi....

No comments:

Post a Comment