15 March 2013

besday datang lagi






15 MARCH datang lagi... rasanya baru semalam sambut besday... hari ni sambut lagi... cepat sungguh masa berlalu.. emmm thn ni last sambut besday 3 series thn depan upgrade skit 4 series he he he  ok mcm biasa ceta banyak xde yg pasti syukran syukran syukran


 kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan di alam fana ini... harap2 thn ni membawa seribu satu perubahan dalam hidup ai.. semoga ai menjadi seorang insan yang tak lupa kepada penciptanya.. menjadi seorang anak yang lebih baik.. menjadi seorang teman yg sering diingati dan disenangi.. menjadi seorang yang tabah untuk menghadapi segala kemungkinan..

juga diharapkan semoga diberikan kesihatan yang baik.. walaupun sekarang ai diuji dengan kesakitan yang ai sendiri x tahu lagi apa kesudahannya.. ai terima dan redha.. mungkin ini salah satu dugaan atau cara Allah menduga untuk menghapuskan dosa-dosa kecil ai.. ai terima... ai tau setiap yang berlaku ada hikmahnya..


ai harap ai diberi peluang untuk menjadi muslimah yang taat kepada tuannya..  doakan ai dapat melaksanakan segala suruhannya tanpa paksaan.. In sha Allah kepada yang sentiasa memberi dorongan kepada ai tuk berubah tu nantikan ke kemunculan ai dengan imej yang baru..

untuk mak... terima kasih mak sebab sudi lahirkan saya... jaga saya.. membesarkan saya dengan penuh kesabaran... saya tau saya bukan anak yang baik... tapi saya sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang baik.. terima kasih kerana sabar dengan segala karenah saya.. terima kasih kerana tak pernah marah saya dengan segala apa yang berlaku.. terima kasih kerana tidak pernah jemu untuk doakan saya.. terima kasih kerana sentiasa cuba untuk membantu saya dalam amal jariah... terima kasih mak... walau pun saya tak pernah cakap kat mak tapi saya nak mak tau saya sayangkan mak sebanyak bintang dilangit.. sebanyak air di lautan.. sebanyak angin yang bertiup.. tanpa mak saya tak kan wujud di sini... terima kasih mak

untuk kekasih hati ai.. ai sentiasa percaya kepada hubungan kita.. biar apa org kata tentang kita, tentang awak, tentang saya.. saya terima.. sebab saya tau.. cinta kita hanya kita yang mengerti... selagi awak tidak menolak saya selagi itu lah saya sentiasa berada di sisi awak.. tak kira apa situasi kita saya tetap percaya kat awak.. awak terlalu banyak berbudi untuk saya... awak yang bentuk saya sehingga saya jadi seperti sekarang.. awak yang tak pernah berhenti menyokong setiap tindakan dan keputusan saya.. sentiasa menyokong san mendorong saya dan sentiasa memberi semangat kepada saya di saat saya di lemah dan patah semangat.. awak sentiasa cuba untuk memenuhi segala impian saya.. awak sentiasa ada untuk saya.. awak yang tidak pernah menyalahkan saya atas segala yang terjadi.. terima kasih awak.. tanpa kasih awak siapa lah saya.. awak terlalu melindungi saya.. terlalu memanjakan saya... saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpa awak.... saya tak mampu untuk hidup bahagia tanpa awak disisi saya.. walaupun hakikat sebenar awak dan saya tidak dapat bersama... tp hati kita tetap bersatu.. saya sayang awak saya sayang awak saya sayang awak....


sempena besday ai juga ai nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan2 ai yang sentiasa ada disisi ai sama ada di masa senang ai dan juga masa ai diuji dengan pelbagai ujian.. mempunyai teman seperti kalian membuat hidup ai cukup sempurna... mempunyai kawan yang tak penah memandang rendah kepada ai.. tak pernah menghina kehidupan ai, tak pernah mempertikaikan tindakan dan pemikiran ai.. terima kasih teman kerana sudi menjadi pendengar setia celoteh ai yang tak pernah berhenti.. terima kasih menerima ai yang selalu  buat bising ni,... terima kasih teman.. terima kasih teman terima kasih teman... maaf ai tak dapat nak letakkan nama kalian.. kerana ai manusia biasa ai takut jika ada nama yang ai tak senarai kan akan berkecil hati,.. sbb bagi ai kalian semua merupakan sahabat, teman dan kawan ai.. ai sayang kalian semua.. kalian semua turut menceriakan hidup ai...


tak lupa juga ai nak ucapkan terima kasih untuk teman lama yang telah banyak berbakti untuk ai.. walaupun kini dia sudah jauh dari ai... ai tak pernah lupa pada segala budi baik yang pernah dicurahkan pada ai.. sempena besday ai ni ai harap hubungan kita pulih seperti sedia kala... ai rindukan dia yang dulu.. yang mula2 ai kenal..  yang baik hati, yang sentiasa ada untuk ai, yang memujuk ai ketika air mata ai menitis... ai rindukan saat tu... ai tetap ingat sampai bila2 lagu yang dia nyanyikan untuk ai masa tu... ai akan ingat segala kebaikan dan juga budi baik dia yang sentiasa menjaga ai ketika ai tidak sihat dulu.. ai harap dia sudi halal kan segala apa yang ai pernah makan dan minum di rumahnya.. ai tahu bukan sedikit budi dia pada ai...ai tahu dulu rumah dia merupakan rumah ai juga.. ai tahu ai selalu makan dan minum di rumah dia... ai tahu ai juga ada buat silap jadi ai harap dia sudi maafkan ai... dan ai juga harap dia bahagia dengan apa juga pilihan yang dibuatnya..


tak lupa juga untuk kesayangan ai, si twin yg nakal tu... menjadi peneman setia ai.. menghilangkan kesunyian ai dengan keletahnya yang berbagai bagai tu.. ai sayang sangat dgn mt twin... Onje & Grey mummy harap... mummy dapat jaga kalian sampai bila2.. mummy x tau macam mana nak hadapi kalau mummy hilang kalian... mummy jaga dari kalian kecil sampai lah sekarang dah besar panjang.. kalian manja dengan mummy.. harap2 Tuhan beri kebenaran untuk mummy menjaga kalian sampai ke akhir hayat... untuk Onje mummy minta maaf... mummy terpaksa sunat Onje sbb mummy x mampu untuk menjaga lebih dari kamu... mummy hanya mampu untuk menjaga kamu berdua sahaja sbb mummy lebih mementinkan kualiti dan faedah yang baik untuk kamu daripada mementingkan kualiti yang mummy sendiri tak tau mummy boleh hadapi ke tidak... untuk Grey.. jangan bahagia sangat.. sampai masa giliran kamu plak he he he ... thanks sayang kerana sudi menjadi peneman mummy...


hari pertama kalian kat umah mummy.. so small... so cute... so adorable.. mummy tak sampai hati nak pisah kan kamu.. jadi welcome to my home & my life.. mummy luv u..



 terlalu cepat kalian membesar... thanks sudi menceriakan hidup mummy..

last but not least thanks to my ustaz kerana sudi terima saya sebagai teman.. terima saya dengan segala kekurangan dan juga kelebihan... thanks juga kerana tidak memandang rendah kepada saya.. mungkin sekarang saya sedang kehilangan awak tp saya redha.. saya terima yg perhubungan kita berakhir di sini.. terima kasih kerana tidak pernah jemu membimbing saya ke jalan Allah.. kerana tidak pernah jemu membantu saya mengenali Allah.. saya akan ingat segala2nya.. mungkin saya akan rindukan awak.. mungkin juga awak akan rindukan saya.. saya harap awak tak kan pernah lupakan saya.. saya doakan awak berbahagia.. saya doakan dia akan bahagiakan awak.. dan awak akan bahagiakan dia.. all the best tuk masa depan awak...

ermmmmm

thanks semua... you are complete me...

No comments:

Post a Comment