02 November 2011

pening tahap gaban or bahasa saintifik kronik



dah dekat 2 minggu menanggung kesakitan... bila nak baik ni.... 1st time kena lama cam ni... aduhai... dah tak larat nak telan ubat.... risau gak sbb tak pernah kena lama cam ni... sampai tahap sakit seluruh badan ni... bila dah sakit2 cam ni... thanks to kengkawan yg amik berat... terutama kat mr klia ai.. tp kekadang ada statement dr kengkawan tu buat ai pikir banyak kali... jangan ambil mudah dengan penyakit sakit kepala yang berlarutan ni... so tuk menyenangkan hati serta menguatkan semangat yang penyakit ni takde apa2 yg membahayakan.. i need to do something... i need to research about headache ni...

tp ai tak alami sumer simptom yg mcm dlm gambar kat atas tu... n kalau nak ikut skala tahap kesakitan yg ai alami ni  macam skala kat bwh ni

rasanya dah tahap 9 or 10 dah ni... aduihhhhh....

ai alami kekejangan otot tengkuk dan bahu dan terlalu sakit bila nak bangun pagi... sampai kekadang tu kena bagi sokongan pada kepala tuk ai bangun... simptom ni brlaku sejak dari awal tahun ni... ai ingat tak de aa yg serius... kalau kat kg mesti mak ai kena tolong picit n urut bahu n tengkuk ai... sometimes ai juga akan rasa kebas pada tangan ai.. terutamanya tangan kiri ai... dah kerap kali ai g klinik... selalunya doc kata migrain... migrain...migrain... tp yg heran dah makan ubat pun still sakit lagi...

memang kat situ le paling sakit sekali... nak gerakkan nya memang boleh tahap nangis la... so i search kat tenet jumpa gambar2 yg i thing memang part tu yg memang ai sakit....


tp yg pastinya daripada banyak2 artikel yg ai baca.. menurutnya jika pening kita menjadi kronik dan sudah tidak boleh diubati dgn memakan ubat penahan sakit atau anti migrain it's mean.... penyakit pening tu perlu diambil perhatian serius.. coz diagnosis doc tu mungkin tersasar.... diulang TERSASAR...  atas dasar nak kan kepastian...ai dok cari sebab musabah kepada penyakit ai yg tak baik2 ni... sehinggalah ai terjumpa artikel yg ai rasa memang itu yg ai alami...

baru2 ni ai ada baca pasal penyakit artritis tulang tengkuk dan juga sidrom miofasia iaitu yg membabitkan otot leher dan bahu.. di mana otot tersebut ialah otot trapezius dan sternomastoid. penyakit ni perlu dirawat dengan ubat penahan sakit (celebrex) dan juga dengan suntikan pada sendi facet tengkuk  serta suntikan rangsangan pada 2 otot yg mengidap sidrom miofasia.

genjala penyakit facet artritis sendi tengkuk ni dapat dilihat melalui 3 genjala yg utama iaitu mengalami pening... sakit tengkuk.. dan sakit bahu... dan itu sememangnya simptom2 yang ai alami selama ini... adakah ini bermakna ai mengidap penyakit facet artritis sendi tengkuk ni... Ya Allah minta dijauhi lah...

manakala sindrom miofasia plak ialah berpunca daripada kekejangan otot yang kronik... yg boleh menyebabkan genjala pening, rasa hanyut, loya, dan pandangan kabur... ye sumer ni pun ai ada alaminya... mak ai... jgn lah... sumer genjala ni memang berkaitan dengan penyakit sidrom miofasia yang membabitkan otot pada leher...

walaupun penyakit in kurang merbahaya tetapi cukup untuk memberikan kesakitan yang kronik dan cukup untuk menjejaskan fungsi seharian hidup kita... dan ianya boleh SEMBUH dengan mendapatkan rawatan yang sepatutnya...

ermmm tu la terkadang kita terkhilaf dalam melihat sesuatu penyakit itu... kita rasa tak serius... tapi sebaliknya ai cukup serius dan jika kita tak dapatkan rawatan yang sepatutnya... ia akan terus menganggu hidup kita selama2nya.......

so what should ai do..........


1 comment:

  1. Seek Medical Attention .. pegi Specialist.. itu jalan terbaik dear..

    ReplyDelete