11 November 2011

dugaan

dugaan yang datang bagaikan tak nak berlalu...
bertalu-talu... hingga aku hampir tersungkur...
sering kali menginggatkan diri...
tabahkan hati... kuatkan semangat...
hidup ini tak seindah yg diri kita impikan...

gelak tawa diri bagai dah tak mampu untuk diukir
kesetiaan diri diuji... kejujuran diri tercemar...
lantas bagai kan mahu jatuh tersungkur..
sudah tidak pantas untuk berdiri megah...
begitu kah ukuran nya diri ini...

di saat ini
cuma ada dia yg masih dan sentiasa berada disisi..
mendengar tangis sedu... melayan ratap hiba...
dibahunya aku menangis... di telinganya aku mengadu..
damai hati mendengar pujukan... mendengar suaranya...
ahh masih kah aku bersedih... atau mestikah aku bersedih,...

sayang terima kasih atas segalanya..
sentiasa disisi di saat aku memerlukan...
sentiasa menyokong walaupun tahu sesuatu itu
kadang kala akan membawa keburukan pada ku
kerana baginya... apa jua yg aku buat pasti ada sebabnya..
andai aku menangis.. dia pasti datang utk mengesat air mata ku...
untuk apa lagi perlu aku bermain kata...

sentiasa memberi aku semangat baru...
tidak pernah cuba untuk menyalahkan aku...
malah sentiasa cuba untuk menceriakan hari2 ku...
terima kasih sayang...
terima kasih kerana terlalu banyak bersabar dengan diri ini...

kerana tanpa diri mu...
kepada siapa lagi nak ku lagukan duka..
kepada siapa lagi yang ku tumpang tangis..
kepada siapa lagi nak ku lagu rindu...

No comments:

Post a Comment