18 June 2012

oh hati

oh hati...
sukar sungguh untuk kutafsirkan ertinya
terkadang terkeliru dengan paluan yang mendatang
paluan yang terkadang mendamaikan
paluan terkadang menyakitkan
paluan terkadang buat aku tersipu sipu

oh hati ...
pandai sungguh kau bermain rasa
rasa yang terkadang membuaikan aku
melekakan aku, menyinari aku...
tapi kadang kala kau juga mainkan
rasa yang merebahkan aku
rasa yang mendebarkan aku
rasa yang membawa titisan di mata...

oh hati...
bagaikan wujudnya sejarah antara kau dan dia
melihat dia hati ini membuai rasa
mendebar sukma, hingga aku sering terleka
terleka dibuai angan yang mengunung
terleka di buai impian yang tak berkesudahan

oh hati...
melihat dia juga boleh membuat hati ini dirundung pilu
melihat dia juga menyebabkan hati ini berlagu hiba
melihat dia juga hati ini dipagut kerinduan yang tak terhenti
melihat dia juga hati ini meronta ronta

oh hati...
tenang lah kau
bersabarlah
satu hari nanti
pasti dia akan berada di dalam pelukan mu...
pasti dia akan berlagu riang di telinga mu
pasti dia akan memadu kasih dengan mu...

oh hati...
moga hati ini dan hatinya bersatu
moga hati ini terus kekal dengan hatinya
moga hati ini terus tabah dan sabar menunggu
kerana pasti penantian ini
akan membawa hati ini dan hatinya
ke gerbang bahagia.....

2 comments:

  1. ouchhh.. so taching la darling..

    ReplyDelete
  2. he he he bila aku rindu kat sini la tempat aku meluahkan.. kat label gurindam hati tu semua tempat aku luahkan rindu.. he he he

    ReplyDelete